December 22, 2011

xmas 2011 - exchange gift

Assalamua'laikum wbt..

Semlm office kami mengadakan aktiviti 'exchange gift' antara staff sekadar suka2 sempena perayaan christmas ahad nie.. klu ikutkan hanya 2 org staff jer yg akan celebrate perayaan tersebut.. tp mmg dah menjadi kebiasaan kt office kami nie, sentiasa ada jer aktiviti setiap kali perayaan setiap kaum menjelma.. huhu

simple deco.. xmas tree & gifts..

Last week masing2 dah cabut undian nama.. so, taw laa nak bagi kt siapa kan.. lelaki or perempuan dan senang laa sket nak cari hadiah.. syaratnya mudah jer.. hadiah tu mesti laa berharga RM20 above.. eita dpt hadiah tudung from my indian fren.. lelaki pulak tu.. pandai jugak dia pilih.. hehe! eita pulak hadiahkan gift set for men + traveller pillow kt si rosdi.. hopefully dia suka laa.. ngeee

jemput makan dan minum.. hehe

upacara bukak hadiah.. mcm2 benda & rupa ada.. hikhik

Even hanya jamuan minum ptg yg sederhana tp ia tetap menyeronokkan.. tiada sebarang upacara keagamaan pun yg dijalankan.. kami hanya makan, minum dan bertukar hadiah.. lagipun event tersebut bukannya kt dlm gereja atau pd tarikh 25hb itself..

So, sblm ada yg bg syarahan agama kt blog nie.. adalah lebih baik eita tepek link drpd blog Dr. Maza yg menyentuh tentang isu Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain..

Bukan apa.. sbb ada terdengar some of the staff yg ckp "i tak celebrate christmas sbb i org Islam.. " pd eita kata2 tu agak kasar especially biler diucapkan kpd mereka yg non-muslim.. sedangkan dlm Islam itu sendiri mmg menggalakkan kita utk menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik.. dan pd masa yg sama kita mesti menjaga benteng aqidah kita..

For me.. Islam itu indah dan mudah.. so, jgn laa kita menokok tambah hukum mengikut kefahaman sendiri.. klu tak faham @ ragu2.. cari maklumat dan bertanya kpd mereka yg tinggi ilmunya.. wallahua'lam

2 comments:

QueeN TerataI said...

betul tu kak eita, bknnya kita sambut smp memesongkan akidah.. kita sama2 merasai kemeriahan aje sbb kita hidup dikeliling org yg berlainan bangsa dan agama.. utk mengharmonikan suasana tu x slh rasanya kita memeriahkan setiap perayaan yg ada.. org yg beragama kristian pun sambut juga hari rayakan.. yg penting kita tahu niat kita tu ape...

p/s: syoknya opis kak eita selalu buat event mcm ni.. barulah seronok je bekerjakan.. xdelah stress sgt.. hehehehe

•♥• RR •♥• said...

susah nak ckp sal.. it's about their mentality.. tepuk dada tanya iman..

pd k.eita klu laa smpai terpesong aqidah hanya dgn bertukar hadiah.. murahnya agama mereka.. bukan ker kita sentiasa renew syahadah setiap kali solat? wallahua'lam

kt office nie multi-racial.. kena adopt suasana tu + respect each other.. so, biler jd mcm nie.. perah otak gak laa k.eita nk explain kt kwn2 yg non-muslim.. huhu