June 1, 2012

my best friend wedding

Assalamua'laikum wbt..

Rentetan drpd entry ini.. akhirnya tiba laa hari bahagia my bestie; Norwani Osman.. actually mereka telah pun selamat diijabkabulkan hujung tahun lepas di Sarawak.. majlis resepsi sebelah perempuan berlangsung minggu lalu; 27/05/2012 di Dewan Seroja, Selayang..

red & white theme.. teringat sesuatu 4 tahun yg lalu.. huhuhu


eita bertugas utk menyolek uchu on that day.. tp kami lebih banyak berborak dan gelak sbb dah lama sgt tak jumpa.. mcm2 cerita yg terkeluar.. maklum laa uchu berada nun jauh kt bintulu sana.. dah rezeki dia kt sana kan? sampaikan bertemu jodoh dgn org bumi kenyalang.. semoga berkekalan sehingga ke hujung nyawa.. insyaAllah



Ayang pulak tengah sarat.. menghitung hari sebelum melahirkan anak keduanya.. i'm happy for her! bakal dpt sepasang katanya.. bestnya laa sbb bakal dpt anak buah baru tak lama lg.. tak sangka dah 17 tahun usia persahabatan kami.. berkawan sejak mula2 pakai kain sekolah biru muda sampai dah berumur 30 tahun..


Seronok sgt hari tu sbb eita jumpa ramai kwn2 lama kt selayang.. ada yg langsung eita tak pernah jumpa sejak pindah ke klang.. masing2 dah beranak pinak.. drpd cerita yg eita dengar.. kebanyakan mereka berkahwin lebih awal drpd kami.. anak2 pun dah besar panjang.. terasa pulak diri semakin tua.. uhuks 

haaa yg nie pulak bukan doorgift ok.. tp toys si miqi.. skrg dia dah pandai usung ultraman, cars, hot wheels dan mcm2 lg kt dlm beg baru pressie from aunty zue.. tqvm!

nie laa aunty zue @ geng fareeda mama.. hikhik

May 23, 2012

wordless wednesday



p/s : tgh menggila shopping @ ThePopLook coz konon2 nak feeling godjes mcm Dian Pelangi & Datin Norjuma.. ouchhh! *ampunnn cik jah*

May 22, 2012

diaper-free training

Assalamua'laikum wbt..

Tengok tajuk entry jer dah taw apa yg eita tgh usahakan utk mikael skrg nie kan.. hikhik! my mikael tu dah pun menjangkau umur 3 tahun.. so, for me this is the right time.. tu pun rasa mcm dah terlambat jer.. tp takper.. better late than never! kpd mommies yg dah start lebih awal tu laaagiiii bagus! *thumbs up*

Kami nie jenis yg jarang lekat kt rumah on weekn.. so, sbg penyelesaian.. eita mulakan diaper-free @ potty  training nie on weekdays.. eita taw teacher kt kindie dah pun melatih mikael sket demi sket.. but as a parent kena laa amik inisiatif jugak utk continue kt rumah.. tak boleh laa asyik mengharapkan org lain jer.. betul tak cik jah?

eita baru jer start last week.. 4 days as a kick-off to an ongoing process.. mmg kena bnyk bersabar, fokus dan sentiasa remind + encourage him.. we have several 'accidents' on the first day.. hahaha! tp skrg mikael dah pandai bgtaw biler dia nak "poo poo".. dia akan cakap "mama biyak".. so, cpt2 laa bawak dia ke toilet.. jenuh gak laa nak ajar dia fungsi toilet tu.. tp klu nak pee.. mmg dia selalu terkucil.. terlupa agaknya dah tak pakai pampers.. hikhik

Some of the tips also mentioned.. "if you really want this to work, it only works naked".. aiyakk tp eita tak sampai hati lerr nak biarkan mikael berbugil sentiasa.. hahaha! takper2.. masing2 ada cara tersendiri kan.. yg penting anak kita tu selesa dan dpt terima perubahan baru nie.. 

For me; let's do it slow and steady yer miqi.. ngeee


rindunyaaaa laa masa mikael baby.. so comeyyy!  huhu

May 18, 2012

Mikael & ubat cacing

Assalamua'laikum wbt..

Hari tu kan eita terbaca laa entry puan ungu pasal pesen tidur terbaru azfar hadiff.. then ada kwn2 dia cakap if baby/kids tidur menonggeng tu kemungkinan ada cacing kt dlm perut.. eita pun tetiba mcm *whoaaa* tersedar diri gitu.. sbbnya eita mmg TERLEPAS PANDANG pasal cacing nie cik jah oii.. so, tq so much yer puan ungu sbb ingatkan k.eita secara tak langsung.. hihi

Slps tu eita pun gigih laa cari info ala2 menggelabah kan.. sbb mikael skrg dah berumur 3 tahun ok.. but not even once eita pernah bagi ubat cacing kt dia taw.. sorry syg mama.. *my bad* 

Nie antara useful info yg eita jumpa & nak share dgn cik jah semua :-

" Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai.

Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.

Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah.

Terdapat pelbagai jenis cacing yang menjadikan tubuh kita sebagai tempat untuk mereka membesar dan membiak. Antaranya cacing cangkuk (hook worm), cacing gelang (round worm), cacing benang (thread worm), cacing kerambit dan cacing pita (tape worms) - Dr Zubaidi "

Antara simptom-simptomnya pulak :-

Pucat akibat anaemia(kekurangan darah merah), cepat rasa lemah dan letih, kurang selera makan, dan abdomen yang kembung. Adakalanya terdapat juga tanda-tanda kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur.

Zentel.. minum 10ml sekaligus ko!

Lagi lerr eita freak out lepas baca info tu kan.. wawawa tak kira nak beli ubat cacing secepat mungkin! dan2 terus call my favorite pharmacy cari ubat cacing yg doctor tu mentioned; Vemizol.. tp takder lerr pulak.. then diorg recommend ubat kt atas tu..

The usual dose for children between 1-2 years old is 10ml (200 mg).. so, kena laa bg 1 shot kt mikael.. jenuh gak laa memujuk dia telan semua ubat tu kan.. berfeluh cik jah.. nasib baik dia nak even ada sket2 drama.. hikhik! pharmacist tu ckp if ada cacing kt dlm perut dia.. ia akan keluar keesokan paginya sket demi sket.. sbb tu dia advice bagi ubat tu sblh mlm.. so, apa hasilnya?


Syukur alhamdulillah setakat nie mikael bebas drpd cacing2 tersebut.. pheww! doctor tu jugak ada mentioned secara amnya kita boleh bagi ubat cacing kpd anak2 kita setiap 6 bulan.. especially klu kita membela haiwan peliharaan.. if not; setahun sekali sudah memadai.. 

p/s : so, lepas nie jgn LUPA lagi yer mama mikael.. hehe

May 16, 2012

wordless wednesday

Agnes Monica

Adira

p/s : my new haircut diinspirasikan drpd Agnes Monica.. ouuchh! thinking of to put some color mcm rambut Adira.. huhu

May 15, 2012

Mother's day 2012 & Sg Congkak

Assalamua'laikum wbt..

Happy mother's day to all moms out there.. huhu! actually tahun nie terasa lain mcm sket.. sbb kebiasaannya eita sambut hari ibu dgn mak & my sister.. selalunya event mkn2 laa aktiviti rutin kami saban tahun.. tp tahun nie disebabkan mak hanya akan balik dari desa taqwa minggu berikutnya.. so, eita dgn kak ayu proceed dgn plan masing2..

Ikutkan takder laa celebrate beriya pun.. me & my bff pergi mandi manda + picnic kt Sg Congkak, Hulu Langat.. kebetulan plan kami tu fall on mother's day.. so, kami sekali kan jer.. masing2 bergerak dari arah yg berlainan dan family ieja yg sampai dulu.. kami pulak sampai kt sana dlm pukul  10am.. happy sgt sbb cuaca pun ok jer sepanjang hari tu.. huhu


For me sg congkak sgt bersih dan terjaga.. airnya pun tak dalam dan deras.. sesuai laa utk family yg ada anak kecil klu nak berkelah.. baik mikael, athirah, tuah dan andee masing2 hilang akal tengok air.. kami serahkan jer kpd ayah masing2 utk handle diorg.. hikhik! kata mother's day kan.. harus laa mommas berehat dan bergossip jer.. ngeee



Lepas masing2 dah puas berendam sampai menggigil kesejukan.. baru laa bwk diorg naik atas darat.. itu pun ada drama tangis menangis tak maw naik.. pd hal dah terketar2.. adeii! so, masa tu kami teruskan dgn aktiviti makan2, cake cutting dan exchange gifts among us.. seronok taw cik jah!

Mknn mmg bnyk giler.. ieja bwk nasi lemak, eita bwk mee goreng dan kuih muih, lynn bwk nuggets, sosej, ayam goreng etc.. air pulak ada berjenis2, siap dgn ice box ok.. hehe! tp nak bg credit laa kt ieja.. dia mmg cekap packing brg2 utk gi picnic nie.. semua complete dgn tissue, plastik sampah segala.. eita pun ada benda yg terlupa taw.. hahaha

the cake.. sponsored by puan ieja.. tqvm darl!

cake cutting.. yeay! 

exchange gifts among us.. eita hadiahkan Body Shop cream utk lynn.. lynn pulak hadiahkan perfume utk ieja.. dan ieja hadiahkan kain pasang bersulam dr bandung utk eita.. weee!

Lepas mkn tu.. masing2 sambung lagi bermandi manda.. sementara kami pulak lebih suka duduk berkongsi cerita tentang mcm2 hal.. bahagia ada kwn2 mcm mereka dan bangga dgn friendship kami nie.. semoga ia akan terus kekal sampai biler2.. insyaAllah.. dlm kita meniti usia.. kita akan dpt lihat kwn2 yg mana akan dtg dan pergi serta kwn2 yg mana akan stay dgn kita dlm apa jua keadaan.. huhu

budak yg tak taw sejuk.. hihi

my beloved family..

group photo.. syggg mereka semua!

Owh yer.. thanks a lot to my hubby sbb buat surprised for me.. it juz a simple celebration but i appreciated the effort.. dan yg paling terharunya tentu lah doa drpd mereka berdua.. amin!

my world.. huhu

and last but not least.. this is what i've got for mother's day.. ngeee! another 3 new pcs in my collection.. 2 helai dah lenjan dan sehelai lg masuk dlm stok tudung raya.. yups! aii masih setia bersama fareeda.. *wink

p/s : how about your mother's day story? pasti ada sst utk dikenang kan cik jah.. huhu

May 10, 2012

me, my family & social xtvt

Assalamua'laikum wbt..

Sejak kebelakangan nie kan mood blogging eita semakin baik.. so, sementara ada banyak idea nie.. lebih baik taip cepat2.. hopefully my blog nie akan bertahan sampai mikael besar dan pandai membaca.. sbb eita nak dia baca blog mamanya satu hari nnt.. sebuah kisah klasik utk masa depan katanya kan? huhuhu

Eh cik jah ada tak aktiviti sosial yg best? yg cik jah lakukan dgn family tersayang? aktiviti kekeluargaan nie sgt penting jugak taw.. klu nak dptkan family yg sihat.. ahli keluarga pun mesti laa kena sihat dari segi mental, fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian.. betul tak?

Aktiviti sosial yg palinggg disukai oleh me & my family buat masa skrg ialah karoks! haaa.. nie laa cara kami releasekan tension slps penat bekerja.. aktiviti yg ringkas, cepat, mudah, murah & enjoy! huhu


eita mmg suka menyanyi.. sejak drpd kecik tp takder laa sampai nak jadi penyanyi.. pernah gak laa masuk pertandingan nyanyian masa sekolah rendah dulu & pernah jer mewakili sekolah dlm pertandingan nasyid sbg penyanyi utama.. tp semua tu tak ke mana.. hikhik

Actually hobi eita nie terhenti seketika sbb dulu encik hubby tak layan benda nie semua taw.. but recently dia berubah pulak.. kdg2 tu dia yg ajak eita gi karoks.. hmmm apa lagi laa kan? eita mmg tak pernah menolak punya.. ngeeee

tu dia bakat terpendam.. theee

yg nie pulak.. tgh mengasah bakat..

Selalunya kami karoks kt plaza alam sentral.. tp sejak dah jumpa port baru kt harbour place mall.. mmg kami gi situ jer.. sbb dekat dgn rumah, selesa dan harga pun ok.. cuma tak banyak pilihan lagu kot? hehe

camwhoring everywhere.. huhu

kami tgh berduet.. hancusss lagu!


Selain drpd karoks kami pun ada aktiviti sosial yg lain jugak.....

of coz laa menonton wayang..

dan bermain bowling!!


Yg nie pulak bkn aktiviti sosial taw.. huhu! tp lebih kpd kerohanian.. aktiviti singgah masjid.. encik hubby kata.. nak biasakan mikael pergi tempat2 ibadat mcm nie sejak drpd kecil.. setakat nie dia well behave kt dlm masjid.. org ckp, pendidikan awal bermula dari rumah.. so, kami cuba buat semampunya.. insyaAllah

p/s : tu laa antara aktiviti keluarga kami.. kira orait laa tu kan.. hehe

May 9, 2012

wordless wednesday




p/s : demam The Avengers.. kami tengok 2-3 kali pun tak jemu2.. huhuhu

May 8, 2012

Hari Ibu Haram?!

Assalamua'laikum wbt..

Hmmm.. kecoh sana sini tentang Hari Ibu difatwakan sbg HARAM baru2 nie.. kt fb kemain ramai yg "klik share" tanpa mahu berfikir sejenak tentang perkara nie.. Allah swt berikan akal supaya kita dpt menggunakannya sebaik mungkin.. jgn hanya menurut kata2 atau perbuatan dan 'copy paste' org lain membuta tuli..

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Pendapat Dr Yusuf itu mengesahkan bahawa sambutan hari ibu itu tiada kaitan dengan agama Kristian tetapi timbul kesedaran masyarakat barat betapa perlunya mereka menyayangi ibu. Pada mereka kalau tidak boleh setiap hari kenang ibu, cukuplah sehari yang khususkan untuk ibu.

Jadi, kalau sambutan ini tiada kaitan dengan agama, sudah tentu tidak salah kita mencontoh sesuatu yang baik daripada orang lain. Tetapi kalau memang ada kaitan dengan agama Kristian tidak bolehkah kita mengambilnya sebagai contoh tetapi pengisiannya kita sesuaikan dengan Islam?

Sebenarnya sambutan hari ibu seperti yang disambut oleh masyarakat dunia tiada langsung kaitan dengan agama. Pengajur memilih hari ibu sesuai dengan keadaan negara. Negara kita memilih setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei.

Walau bagaimanapun bagi orang Islam, setiap kerja dan usaha kita pasti dinilai sebagai ibadah termasuk menyambut hari ibu. Maka kalau kita ikut panduannya kita akan beroleh pahala dan dinilai sebagai kerja agama. Jadi, sambutan hari ibu walaupun orang lain sebagai sambutan biasa, kita diberi pahala oleh Allah. Kalau begitu, bagaimana kita menghukumkan sambutan hari ibu sebagai haram.

Kita yang lebih patut menyambut hari ibu berbanding orang lain. Sayang kita kepada ibu sepatutnya berganda berbanding orang lain. Oleh sebab itu, sambutlah hari ibu dengan memberi penghormatan kepadanya. Berikah kasih sayang yang paling tinggi pada hari tersebut. Namun pada hari-hari lain, kasih dan sayang kepada ibu harus dikekalkan setiap hari. Menghormati ibu tidak ada musim cutinya. Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam.

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Editor Majalah Solusi

Antara keganjilan fatwa diharamkan hari ibu, tp dihalalkan sambutan tahun baru.. sedangkan keduanya asas yg sama, bahkan hari ibu lebih berfaedah - via twitter Dr Maza (17hrs ago)




My point of view - bersederhanalah dlm menyambut Hari Ibu... setakat meraikannya dgn makan2, give her a day off from house chores, belikan hadiah ataupun sekadar ucapan "slmt hari ibu" sbg tanda kasih syg kpd para ibu.. rasanya takkan membuatkan kita terkeluar drpd agama? so, renew laa syahadah kita setiap hari dgn solat.. dan yg paling penting nawaitu kita.. Wallahua'lam

May 7, 2012

Wedding : my bro in law

Assalamua'laikum wbt..

Pheww.. penat kenduri masih belum hilang lagi.. rasanya tidur straight 3 hari 3 mlm tak payah mkn minum baru recover kot.. hikhik

Syukur alhamdulillah.. akhirnya majlis perkahwinan adik iparku telah pun selesai.. eita takder adik.. so, lepas farhan kawen.. dpt laa 2 adik.. sorg lelaki, sorg perempuan.. untung2 klu rezeki mereka cepat, dpt laa eita anak buah baru very soon.. huhu

Majlis pernikahan mereka berlangsung pd hari Jumaat 04/05/2012.. sebelah mlm slps waktu isyak.. wahh kelasss kan cik jah.. nikah same date dgn Scha Al-Yahya + Awal  Ashaari.. ngeee! dgn 2 kali lafaz farhan + farhana sah menjadi suami isteri.. eita pulak yg nervous time tu.. masa tok imam tu dok bacakan khutbah nikah.. terimbas kembali detik2 pernikahan kami 4 tahun yg lalu.. sempat lagi dok jeling2 encik hubby.. ngeee




Then keesokan harinya.. berlangsung pulak kenduri on our side.. kami semua mmg sibuk i tell u.. ke sana sini mcm lipas kudung.. mmg banyak sgt benda nak buat.. merewang katanya kan? selesai jer kenduri ptg tu.. semua pakat tumbang.. abah, ibu, mak long, kak siti, along, angah, kami laki bini.. mikael apatah lagi.. mcm laa dia yg memasak siang tu kan? hahaha


Hari ahad pulak.. berlangsung majlis resepsi kt sebelah perempuan.. so, dpt laa kami relax sket even banyak lagi gelas cawan, pinggan mangkuk, periuk belanga sedang menanti.. uhuks! mikael kawen nnt mmg mama order catering jer cik jah.. mcm kami kawen dulu tu.. sbb bab2 mcm nie laa yg buat aii nak fitam.. wuwu

rombongan cik timah.. hihi



Mereka mengenakan persalinan off white dan sedikit motif bunga warna hitam on that day.. very nice color! lega sgt rasanya biler hujan lebat yg turun sejak drpd pagi tu berhenti menjelang tengahari.. klu tak maw basah kuyup kami dibuatnya.. jgn laa berangan nak pakai high heels 2-3 inci yer cik jah.. maw terbenam dlm lopak air.. adeii

sandal pinjam jer nie taw..

Overall, majlis perkahwinan adik bongsu encik hubby berjalan dgn lancar.. dan kami doakan semoga mereka berdua akan melayari bahtera rumahtangga dgn rukun dan damai.. coz marriage is about love, commitment & responsibility.. till then..

May 3, 2012

My birthday escapade - genting highlands

Assalamua'laikum wbt..

1 Mei 2012 - Thanks all for the lovely birthday wishes via fb, twitter, bbm, sms, phone call etc.. eita aminkan utk segala doa kalian.. huhu! sorry laa after a few days, baru sempat nak ucapkan terima kasih..

Birthday eita tahun nie sgt istimewa.. istimewanya sbb tahun nie umurku sudah beralih ke angka 3.. hopefully slps nie eita akan lebih matang menempuhi kehidupan nie.. mahu jadi lebih baik drpd segala segi.. even tak dpt dinafikan kdg2 sikap keanak-anakan tu masih ada lagi.. hihi! maybe sifat semulajadi anak bongsu barangkali..

Ok, back to the story..  a short trip to genting highlands on my birthday adalah idea encik hubby & sponsored by him.. even drpd segi booking everything eita yg handle (well, mcm biasa laa.. aii kan S/U katanya) then a few days before the date.. my sister nak follow sekali sbb dia pun dah lama sgt tak pergi ke sana.. nasib baik laa cik agent boleh dptkan bilik saat2 akhir mcm tu.. eita ngeri sebenarnya nak buat booking last minute nie.. sbb pernah terkena.. fuhh



Kami bertolak agak lewat memandangkan genting pun tak jauh mana.. waktu check in kt First World Hotel pun dlm pukul 3pm.. tp mereka takder laa strict sgt.. sbb kami sampai kt sana sblm pukul 3pm but still can check in early.. apa yg eita boleh ckp.. system mereka teratur.. klu nak check out lagi senang sbb terdpt bnyk kiosk2 yg mereka sediakan.. juz masukkan jer our room card mcm nak byr parking tu & done! takder laa spt yg eita baca kt beberapa forum @ blog sblm nie katanya kena tunggu berjam2.. dan kami berpuas hati dgn bilik yg mereka sediakan.. tp tu laa.. kdg2 pengalaman kita berbeza-beza.. hehe



Overall, eita sgt enjoy dgn percutian singkat nie..thanks hubby! kami tak buat banyak aktiviti pun kt sana.. lebih kpd nak berehat sebenarnya.. mmg best biler menginap kt hotel yg di bawahnya terdpt shopping mall, pelbagai jenis restaurant dan indoor theme park.. semuanya ada dlm satu tempat yg sama.. org yg paling happy tak lain tak bukan; Mikael Rizqi laa.. he's really excited! yer laa kali terakhir dia pergi ke sana masa berusia 9 bulan.. apa pun tak taw lagi.. hikhik

miq in action.. hehe


fireworks @ genting on labour day.. ohsemmm!

our quality time.. *i luv diz pic* ngeeee

Sblm turun ke bawah the next day, kami sempat singgah kt Genting Strawberry Leisure Farm yg terletak di dlm area Goh Tong Jaya.. not bad at all sbb skrg kita boleh petik strawberry kt genting highlands jugak.. huhu! klu tak mmg kena gi cameron laa jawabnya baru dpt merasa kan cik jah.. hikhik





Last but not least.. tq so much hubby for this lovely birthday pressie.. i really appreciated it! luv u chup-chup.. huhuhu


p/s : i'm officially 30th years old already.. semoga sentiasa memperbaiki diri.. insyaAllah